Monday, September 19, 2011

Komen Tentang Drama MAKBUL di Blog

Makbul: Sebuah Cerita Tentang Doa 

Karya Hebat RTM


RTM rupanya masih ada nadi nadi baru untuk menggerakkan drama menarik stesen kerajaan itu. Ternyata dengan lambakan drama bersiri yang bertumpukan kepad cinta disulam agama, RTM cuba lari daripada kisah yang sama. Dua minggu aku bercuti ni, sempat menonton drama bersiri di TV2, bertajuk MAKBUL: SEBUAH CERITA TENTANG DOA. Pada aku, kisah ni mmg terbaik dan berjaya menandingi kisah agama yang lain. Jom aku listkan point2 menarik yang membuatkan korang wajib tonton drama ni:


1) Sinopsis cerita ni, seperti yang korang semua baca dalam poster mengisahkan tentang watak realiti dunia ini. Kisah bagaimana kejayaan itu sebenarnya takkan datang kalau kita hanya usaha tetapi tidak berserah kepadanya. Sebuah karya untuk kita berhibur dan berfikir, adakah hidup kita sebenarnya lengkap tanpa doa...

2) Garapan drama ini nampak santai. Aku suka dengan dialog dialog yang teratur dan nampak bermesej. Bahkan aku rasa, keseluruhan babak babak dalam filem ini dibina dengan penuh teliti menjadikan aku ada feel menontonnya. Skrip Zabidi Mohamed mantap!

3) Apa yang penting, filem ini membariskan pelakon pelakon yang tidak asing lagi dalam drama drama RTM. Mubarak Majid, Kartina Aziz dan lain lain serta pelakon utamanya Jalaluddin Hassan ternyata memberikan sebuah persembahan yang berkesan sekaligus menghidupkan realiti drama bersiri ini.


4) Temanya cukup mudah. Namun, bagaimana pembentukan pemikiran watak watak dalam drama ini, itu yang menjadikan Makbul satu drama bersiri yang membuatkan kita berfikir dan dalam masa yang sama berhibur.

5) Makbul juga ada lagu tema yang cukup sedap. Nyanyian Boy B4 yang bertajuk Ku Bermohon Pada Mu amat sedap didengar. Lagu ilham Rosli Selasih dan lirik oleh Danish Muhammad Iman ini begitu umph! dan penuh pengajaran.

6) Kalau nak bandingkan drama ini dengan Nur Kasih, aku rasa idea Makbul lebih simple dan tak berleret leret dan terus tuju kepada segenap lapisan umat Islam. Makbul mempunyai tema cinta yang lebih berat dari cinta manusia iaitu tema cinta kepada tuhan. Apa yang menghalang cinta itu bukanlah manusia, tetapi kepercayaan terhadap makbulnya doa dalam masyarakat masa kini. Makbul juga bukan kisah cinta bersulam agama, tetapi ianya adalah kisah cinta agama.


7) Aku suka jalinan plot filem ini. Tak pernah aku tengok bagaimana sebuah kisah tentang doa dijadikan drama bersiri yang cukup panjang. Tahniah kepada penulis skrip, pembekal idea dan jugak krew2. Oh, ya.. RTM juga, sebuah kisah yang fresh dari stesen ini.

8) Makbul tidak dihasilkan dalam format widescreen (ala, yang ada garis hitam kat atas dan bawah tu). Jadi, di zaman kini yang menganggap format itu nampak tidak relevan lagi sebab orang banyak pakai tv skrin lebar, aku tak menyangkakan Makbul boleh survive dengan format sebegini.


9) Apa yang buat aku rasa best dan hebat sangat, drama bersiri ni ada blog.
Layari http://www.makbul-theseries.blogspot.com/

10) Dan perkara yang buat aku nak nonton drama bersiri ni dibuat di utara semenanjung. Aku, kalau drama bersiri ada elemen2 utara ni memang suka tengok. Teringat kampung halaman.

Posted by: Orang Perlis Menulis

Kredit Kepada: http://cikgumanstation.blogspot.com  
terima kasih atas komen anda..




Drama Makbul TV 2 Setiap Malam Khamis

Apabila pulang dari surau setiap malam Khamis drama pilihan saya adalah Makbul.
Sudah menjadi kebiasaan semasa kecil apabila khamis malam jumaat kita dimomokkan dengan kisah seram. Selalunya pada malam ini, saya diarahkan tidur lebih awal oleh arwah ibu. Tidak hairanlah stesen tv menghidangkan kisah seram dan sudah tentu ia menjadi pilihan kita.

Entah mengapa rasa muak begitu menebal apabila kerap menonton drama seram. Syabas kepada stesen TV 2 menghidangkan drama Makbul. Saya juga menyedari drama ini pada episod ke 4. Banyak kelainan yang saya dapat rasakan melalui drama ini.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada saudara Zabidi yang kini begitu cergas dengan karya drama Islamik. Malah kehadiran karya daripadanya seakan mendepani isu-isu agama di bandar mahupun di desa. Saya tidak begitu mengenali saudara Zabidi. Tetapi seingat saya dia seorang peguam dan saya mengenalinya melalui tulisannya iaitu 'Tersungkur Di Pintu Syurga'. Beliau juga merupakan orang kuat pertubuhan yang telah diharamkan sewaktu ketika dulu.(Jika saya salah rakan2 blog boleh betulkan saya). Kini beliau lahir dengan buah fikiran yang dapat menafaatkan sewargajagat masyarakat Islam.

Melalui pengamatan saya mengenai Drama Makbul...

Tema
Tema Makbul sungguh jelas ialah berkaitan dengan agama Islam. Kekuatan Doa dan kemakbulannya. Kita pasti akan dapat belajar ciri-ciri doa yang dimakbulkan oleh Allah swt.

Persoalan
1. Pandangan Allah berbeza dengan pandangan manusia.
Si Bul mungkin dipandang hina oleh masyarakat kampung kerana sikap lurusnya.
Si Bul juga digambarkan budak bodoh kampung dan hanya bertemankan seekor kera dan
sebuah basikal buruk. Namun siapa sangka doanyalah yang dimakbulkan.
Saya amat terharu apabila dia dipilih oleh Allah swt untuk mengerjakan umrah.

2. Orang kaya biasanya dipandang mulia.
Encik Anuar dipandang mulia oleh masyarakat kampung.
Sehingga semua orang kampung menyangkanya seorang wali. Jadi orang kaya
sepatutnya boleh menjadi contoh kepada masyarakat kampung.

3. Dermawan disayangi oleh orang ramai.

4. Manusia boleh berubah dengan pilihan Allah swt.
Golongan Mat rempit perlu diberi peluang. Siapa sangka mereka boleh berubah.
Semuanya atas pilihan Allah swt.

Watak
1. Bul.
Budak lurus yang baik hati. Pembawa watak Bul sungguh berkesan dan begitu
bersahaja. Saya rasa pilihan pelakon yang begitu tepat.

2. En. Anuar
Orang kaya yang menderma tetapi tidak ikhlas. Cetek ilmu agama dan kerap
mempersendakan agama melalui gurauannya. Datuk Jalaludin Hassan membawa watak
dengan bersahaja tetapi berkesan. Saya tidak sabar menunggu Encik Anuar bertaubat
dengan linangan air matanya.

3. Isteri Encik Anuar.
Seoarang isteri yang baik hati. Tetap menghormati suaminya walaupun menyedari
kelemahan soaminya dalam agama.

4. Tok Imam.
Seorang tok imam yang mampu berkesan dan mampu membimbing masyarakat kampung.

latar belakang

Pemandangan kampung jelas menjadikan drama ini begitu menarik. Kisah ini mungkin sedikit sebanyak menyamai permasalahan di kampung kita.

Saya amat tertarik dengan lagu KU BERMOHON...sungguh menyentuh hati dan penyanyinya dapat menyampaikan lagu tersebut dengan penuh berkesan.

Tahniah kepada TV2, penerbit, pengarah, penulis skrip, pelakon, penyanyi dan warga kerja Drama Makbul. Semoga perjuangan kalian diterima oleh Allah SWT.


 

 

Sisi Dakwah "Makbul" Mantap!

Semalam berakhir lah sudah siri drama Makbul yang telah bersiaran di TV 2 jam 9.00 malam. Drama 15 episod ini ternyata memberikan kesegaran yang berbeza berbanding drama-drama yang pernah disiarkan di RTM. Kerana Makbul jugalah ramai rakyat Malaysia yang tidak gemar menonton rancangan RTM (TV2) mula beralih siaran setiap Khamis malam semata-mata untuk menonton Makbul. Walaupun bukan menjadi fenomena seperti drama-drama cinta yang lain, namun kewujudan Makbul turut disedari oleh penonton drama TV yang inginkan kelainan. Makbul merupakan garapan idea penulis skrip Zabidi Mohamed dan diangkat oleh Asri Alias selaku pengarahnya. Tahniah!

Makbul diolah dengan cukup mudah dan jelas iaitu kisah mengenai doa. Plot dan naratif Makbul cemerlang di tangan Asri Alias ini. Makbul mempunyai subjek yang asli dan terasa wujudnya intensiti kesan dalam memainkan emosi penonton. Tetapi Makbul bukan kisah melodrama. Malah ceritanya tidak meleret-leret. Manakala watak-watak Makbul juga mengukuhkan kehebatan cerita ini. Nah! Terbukti drama yang diangkat hebat naratifnya tidak perlu terlalu bergantung kepada pelakon-pelakon yang muda dan cantik semata-mata. Malah Makbul membuktikan bahawa walaupun pelakon-pelakonnya bukan dalam kalangan mereka yang popular tetapi tetap diminati. Ditunjangi karakter En. Anuar, Pn.Jamiah dan Bol tetap cemerlang dalam membawa perwatakan masing-masing. Karakter Bol sudah tentu mengundang simpati dan empati penonton.


Sisi dakwah Makbul memang mantap. Banyak elemen dan mesej dakwah disentuh dalam Makbul. Secara rumusannya daripada kesemua 15 episod Makbul; antara babak yang paling saya suka dalam Makbul ialah mengenai paparan watak isteri terutama dalam berbicara dengan sang suami seperti Jamiah (lakonan Kartina Aziz), isteri En. Anuar dan juga isteri pak imam (Khatijah Tan)cukup berjaya. Selalunya klise yang sering kita jumpa dalam drama-drama tempatan ialah bila isteri marah atau berdebat tentang sesuatu perkara, pasti dengan nada suara yang tinggi dan menengking-nengking. Tetapi Makbul menampilkan sisi isteri yang berbeza; bagaimana berbicara dengan suami; baik dan masih menghormati sang suami walaupun suami tersebut khilaf dan berbuat salah. Begitu juga dengan penekanan kepada kepentingan doa. Makbul cukup mantap. Doa sebagai senjata orang-orang mukmin dikupas dengan cukup baik oleh Asri Alias yang sudah pastinya ditunjangi oleh lakon TV yang cukup mantap oleh Zabidi Mohamed.

Antara yang saya boleh senaraikan elemen dan mesej dakwah yang diangkat dalam Makbul; sabar, rasa takut kepada Allah dengan dosa-dosa yang telah dilakukan, bertawakkal dengan setiap ujian daripada Allah, sifat berkasih sayang sesama manusia, saling menghormati, perbuatan jahat dan menganiayai orang lain tidak mendapat keberkatan dalam hidup, batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, bersedekah kepada yang memerlukan, berpaksi kepercayaan akidah yang benar tanpa syirik kepada Allah, bersangka baik sesama manusia, bersangka baik dengan Allah, bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah, solat merupakan kewajipan setiap muslim, berlemah lembut ketika berbicara dan yang menjadi tunjang cerita Makbul iaitu sentiasa berdoa demi keberkatan hidup. MasyaAllah! Jika drama seperti Makbul sering dipersembahkan kepada penonton kita sudah pasti konsep berdakwah melalui drama akan berjaya!

Dengan dialog yang santai dan bersahaja, sisi dakwah dalam Makbul dilihat mendekati metode al-hikmah dan mau'izah al-hasanah. Bukan hanya bersandarkan dialog didaktik yang hanya mengajar dan bersyarah, malah dialog Makbul lebih kepada nasihat tanpa lafaz yang berjela-jela serta memaparkan reliti perbualan harian biasa. Syabas kepada Zabidi Mohamed kerana sumbangan beliau dalam terus memartabatkan drama berbentuk keagamaan ini. Masih menanti bila masanya untuk En. Zabidi terjun ke dalam penulisan skrip filem pula. Yang pasti lakon layar filem sememangnya lebih mencabar lagi dengan audien yang mungkin berbeza. Mohon doanya semua!

 

Kredit Kepada: http://ummuaisyah-ummuaisyah.blogspot.com  
terima kasih atas komen anda..


Tuesday, April 19, 2011

Tengok "MAKBUL" Melalui V.O.D

AS-SALAM.. KEPADA SESIAPA YANG TERLEPAS MENONTON EPISOD LEPAS DRAMA BERSIRI "MAKBUL" BOLEH MENONTON DI www.rtm.gov.my CAPAIAN KE perkhidmatan dalam talian CARI Video On Demand VOD TV2 CARI Video TERUS KE KLIK Drama "Makbul".. SELAMAT MENONTON.. Amin..Amin..Amin..Amin..