Tuesday, June 22, 2010

DOA YANG MAKBUL

Sabda Nabi Muhammad S.A.W: "Tiada seorang muslim yang berdoa dengan sesuatu doa yang tiada dalam dirinya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada doa itu disegerakan makbul atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengan doa tadi." (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar, dan Abu Ya'la dengan sanad yang sahih).

Maka, ada sebahagian doa kita diterima oleh Allah di dunia. Ada doa yang tidak diberi disebabkan hikmah yang tersembunyi, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan suatu yang lebih baik. Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kira dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga.

Dari sabda Baginda S.A.W yang bermaksud: " Tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak ialah pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga ia berbuka dan doa orang yang teraniaya." (Riwayat Ahmad, At-Tarmizi, dan Ibnu Majah).

___________________________________________________

Doa-doa yang Makbul:

1. Doa orang-orang yang terdesak.
2. Doa orang-orang yang teraniaya/ dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua iba bapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.
    Rasulullah S.A.W pernah bersabda: 
    "Sesungguhnya Allah ama menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa."
 2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian, dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim dan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan berdtaubat, istighfar, hamdalah, serta selawat ke atas Rasulullah S.A.W dan para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (Al-Fatihah dan sebagainya).

No comments:

Post a Comment