Tuesday, June 22, 2010

DOA YANG TIDAK DIMAKBULKAN

Dari Syaqiq Al Balkhi berkata: "Suatu hari Ibrahim bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar Basrah lalu dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya: " Ya Abu Ishaq, Allah berfirman; bermaksud "Mintalah olehmu sekalian kepada Ku nescaya akan aku kabulkan." Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan." Ibrahim bin Adham menjawab: "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh10 perkara"

1.   Kamu mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2.   Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutanNya.
3.   Kamu tela mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4.   Kamu menyatakan kamu umat Muhammad S.A.W tetapi tidak mengerjakan sunnahNya.
5.   Kamu menyatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
6.   Kamu menyatakan diri kamu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7.   Kamu menyatakan mati adalah benar tetapi kamu tidak bersiap sedia menghadapi mati.
8.   Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmy sendiri.
9.   Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhamu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka."


Semoga kita mendapat pengajaran daripada kata-kata Ibrahim Adham tadi.

No comments:

Post a Comment